ye pis, aku tulis ni khas untuk kau. semua gara-gara kau sanggup balik dari Johor Bharu sekejap sebab kau nak jumpa kawan-kawan dan keluarga sebelum raya. respect lu bro. kau elok-elok lah bekerja kat negeri orang. aku doakan kejayaan kau. walaupun kau tak dapat beraya dengan keluarga dan kawan-kawan tahun ni, tapi kau jangan sedih, raya haji kan ada? hehe. dan terima kasih pasal semalam, belanja karaoke dan makan-makan. tak lupa juga belanja jalan-jalan dalam hujan lebat kat danau kota. haha. hujan ribut angin taufan bukan penghalang persahabatan kita untuk berjalan-jalan, ye tak pis? haha. dan kalau kau perasan, aku tulis dalam bahasa malaysia yang tidak bercampur dengan bahasa inggeris kerana aku tak mahu tayar kereta aku empat-empat kena pancit. haha. sudah sampai di sini saja aku nak tulis pasal kau, selamat maju jaya terhadap karier kau, hidup kau, dan apa saja yang kau buat dan tak lupa juga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN PIS! bawak kereta balik johor tu elok-elok, aku tau kalau masa kau baca ni kau dah kat johor dah pun, tapi saje nak cakap jugak. hehe.
Salam Selamat wahai Sahabat.
No comments:
Post a Comment